CEO NVIDIA Mengatakan Bahawa Kanak-Kanak Tidak Perlu Mempelajari Pengaturcaraan

TechnologyDigital
26 Feb 2024 • 2:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CEO NVIDIA, Jensen Huang sekali lagi telah menongkah arus dengan mengeluarkan satu kenyataan menarik mengenai keperluan kanak-kanak hari ini untuk mempelajari subjek-subjek pengaturcaraan.

Beliau mengatakan bahawa dengan kemajuan kecerdasan buatan hari ini, kanak-kanak tidak perlu menelaah matapelajaran pengaturcaraan kerana tugasan tersebut sudahpun mula diambil-alih oleh kecerdasan buatan, dan ini membolehkan kita untuk menukar fokus kepada industri yang lebih penting.

image is not available

Jensen Huang berkata bahawa ini adalah masa terbaik untuk ibu-bapa memfokuskan pengetahuan anak-anak mereka ke industri seperti perubatan, biologi, pengeluaran, agrikultur dan sebagainya yang rata-rata kini memerlukan lebih ramai orang didalam industri-industri tersebut.

Orang ramai kini boleh menggunakan frasa kata-kata biasa sahaja untuk membangunkan perisian menggunakan teknologi kecerdasan buatan, dan menjangkakan bahawa di masa hadapan, pembangunan perisian dapat dilakukan tanpa memerlukan kursus pembelajaran yang mendalam.

Walaupun begitu, beliau juga mengatakan bahawa untuk masa ini, pengaturcaraan masih lagi sebuah kemahiran yang sangat berguna untuk masa ini, dan tidak salah untuk orang muda ataupun dewasa untuk mempelajarinya untuk menambah ilmu ataupun memperbaiki proses di tempat kerja.

View Original Article