CEO Nvidia minta maaf pada isteri, mengaku curang

WorldTechnology
9 Nov 2026 • 6:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: CEO Nvidia minta maaf pada isteri, mengaku curang

WASHINGTON –  ​Lembaga pengarah  gergasi pembuatan cip, Nvidia  kelmarin mengumumkan pihaknya memulakan siasatan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) dan pengasas bersama, Jensen Huang  selepas beliau mengaku mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang didakwa oleh pegawai Amerika Syarikat (AS) bekerja untuk perisikan China.

Akhir bulan lalu, The New York Times melaporkan bahawa pegawai agensi perisikan AS merumuskan wanita terbabit sebagai seorang eksekutif China yang dikaitkan dengan syarikat pusat data berpangkalan di Singapura bernama Megaspeed yang telah menyalurkan maklumat kepada Beijing.

Eksekutif kelahiran Taiwan, Alice Huang, juga dikenali sebagai Huang Le  telah menjalin hubungan rapat dengan bos Nvidia berusia 63 tahun  itu, lapor New York Times.

​Dalam mesej kepada kakitangan syarikat yang dikeluarkan kelmarin, Huang mengakui menjalin hubungan sulit dan memohon maaf kepada keluarga serta kakitangan syarikatnya.

“Saya telah curang kepada  isteri saya.

“Tindakan saya telah melukakan hati beliau dan anak-anak kami. Tiada alasan bagi apa yang telah saya lakukan. Saya memohon maaf sepenuh hati,” katanya 

Apabila ditanya mengenai laporan itu kelmarin, Setiausaha Negara AS, Marco Rubio menyatakan bahawa beliau tidak dapat mengulas, sambil menyifatkannya sebagai ‘isu dalaman korporat’.

​Huang merupakan tokoh penting dalam revolusi kecerdasan buatan (AI) dan rapat dengan Presiden Donald Trump, yang telah berulang kali bersuara menentang industri itu dikawal selia supaya China tidak mendahului dalam persaingan AI. – AFP

The post CEO Nvidia minta maaf pada isteri, mengaku curang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved