CEO Phison – Banyak Syarikat Elektronik Akan Bankrap Tahun Ini Kerana Isu Kekurangan RAM

TechnologyBusiness & Finance
19 Feb 2026 • 10:04 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Permintaan tinggi untuk membina pusat data kecerdasan buatan (AI) telahpun menyebabkan harga telefon, tablet, komputer riba, kad grafik, konsol dan TV naik secara mendadak. Pelancaran Steam Machine tergendala manakala PlayStation 6 dan Xbox seterusnya mungkin ditunda selepas 2028 disebabkan kekurangan SSD serta RAM. Terkini CEO Phison, Pua Khein-Seng mengatakan banyak syarikat elektronik akan bankrap tahun ini disebabkan krisis kekurangan RAM.

image is not available

Beliau berkata banyak vendor akan bankrap atau keluar daripada pasaran elektronik disebabkan sukar mendapatkan bekalan memori. Tambah beliau lagi pengeluaran telefon pintar dijangka berkurangan antara 200-250 juta tahun ini dan ia turut akan mengancam pengeluaran PC serta TV.

Setakat ini Micron telah menghentikan produk pengguna di bawah jenama Corsair sementara ASUS tidak akan mengeluarkan telefon pintar baharu tahun ini. Tahun ini kita mungkin akan melihat beberapa lagi jenama akan berkubur akan mengurangkan pengenalan produk baharu sehinggalah bekalan memori kembali pulih.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved