CEO Shopify Kata Tiada Pengambilan Pekerja Baharu Melainkan Dapat Buktikan AI Tidak Dapat Melaksanakannya

TechnologyDigital
8 Apr 2025 • 6:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Shopify merupakan sebuah perkhidmatan memfokuskan kepada edagang. Terbaru, CEO Shopify telah mengeluarkan memo kepada syarikat, memaklumkan perubahan pada pengambilan pekerja dan juga penggunaan sumber.

Menurut memo baharu berkenaan, CEO Shopify memaklumkan yang mana setiap pasukan perlu memperlihatkan yang mereka tidak dapat melakukan sesuatu perkara menggunakan AI, sebelum memohon untuk sumber atau pekerja tambahan.

Langkah ini dilihat selari dengan perkembangan arena teknologi, dan pelaburan yang lain dalam arena kecerdasan buatan. Apatah lagi pada tahun ini, salah satu perkara yang menjadi fokus adalah ejen AI yang memudahkan sesuatu tetapan dilakukan untuk melakukan tugasan berasaskan sesuatu konteks.

Dengan perubahan oleh Shopify ini, selain keadaan ekonomi yang dijangka mencabar, tidak mustahil kita melihat pelbagai syarikat lain turut mengikut jejak lebih kurang sama dalam pengambilan pekerja untuk sesuatu syarikat.

View Original Article