CEO Sonos Meletakkan Jawatan

TechnologyDigital
14 Jan 2025 • 10:06 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Patrick Spence meletakkan jawatan daripada menjadi CEO dan ahli lembaga pengarah Sonos semalam. Keputusan beliau diterima oleh lembaga pengarah dan Tom Conrad dilantik sebagai CEO sementara. Pencarian CEO baharu telahpun dimulakan dengan calon perlu meneruskan legasi inovasi dan kecemerlangan Sonos dalam melayani pelanggannya sambil turut memacu pertumbuhan yang menguntungkan.

image is not available

Walaupun sebab peletakan jawatan tidak dinyatakan dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan, ia dipercayai berkait dengan kegagalan Spence memastikan aplikasi baharu Sonos berjalan dengan lancar. Sejak diperkenalkan, timbul pelbagai isu seperti kehilangan ciri sedia ada, sokongan aplikasi penstriman yang terhad dan terlalu banyak pepijat merosakkan pengalaman pengguna. Walaupun pengguna meminta supaya aplikasi laman dilancarkan semua, Sonos bertegas ini tidak boleh dilakukan atas sebab teknologi.