CEO Syarikat Pengeluar Vaksin Pfizer Dilapor Positif Covid-19

Health & Fitness
17 Aug 2022 • 10:06 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

CEO Syarikat Pengeluar Vaksin Pfizer Dilapor Positif Covid-19

Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Inc., Albert Bourla dilaporkan positif Covid-19 dan sedang menjalani rawatan dengan menggunakan ubat antiviral Paxlovid yang dihasilkan oleh syarikat miliknya.

Menerusi laman Twitter miliknya, beliau menjelaskan bahawa hanya mengalami simptom-simptom yang sangat ringan dan masih berada dalam keadaan yang sihat.

Menurut Bloomberg, Albert Bourla telah menerima empat dos suntikan vaksin Covid-19 dari syarikatnya sendiri, Pfizer dengan hasil kerjasama bersama BioNTech SE.

Difahamkan, dia merupakan salah seorang diantara ramai orang yang telah dijangkiti dengan virus Covid-19 walaupun telah menerima suntikan vaksin dan dos penggalak di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, Albert tetap menjalani proses mengasingkan diri serta mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan mengekang penularan wabak tersebut.