“Cepat Betul Move On” – Akui ‘Berkawan’ Dengan Watie, Netizen Kata Shuib Mudah Dapat Pengganti

15 Nov 2022 • 2:47 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, pelawak dan penyampai radio iaitu Shuib Sepahtu mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Watie Hanifiah.

Baru-baru ini, tular pula di aplikasi TikTok mengenai sebuah rakaman video dari program Melodi memaparkan pelawak berusia 38 tahun itu tampil membuat pengakuan.

Anak-anak dah jumpa dia, dah kenal dia. Alhamdulillah anak-anak selesa dengan dia.

Menurut Shuib, Watie mempunyai ciri-ciri kriteria wanita yang sesuai untuk dijadikan sebagai isteri.

Saya boleh nampak yang dia ni penyayang, pandai layan anak-anak. Sabar betul dengan budak-budak. So, benda tu maahal.

Namun, apabila ditanya sejak bila mula berkenalan dengan Watie, pelawak itu enggan berkongsi.

Saya tak boleh nak reveal berapa lama. Kalau sebelum ni ada nampak video viral konon saya main golf dengan dia, itu tak pernah sama sekali.

Bagaimanapun, pengakuan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad itu tidak mendapat sambutan baik daripada orang ramai.

Meninjau di ruangan komen, ada segelintir netizen yang menyifatkan pelawak itu hanya sepadan dengan isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah.

Malah, ada juga yang mendakwa Shuib terlalu cepat ‘move on’ dan menggantikan tempat arwah isteri yang meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 jam lalu

"Saya Tak Perasan.." - Lincah Menari Sampai Terdedah Aurat, Shila Amzah Tampil Jelaskan Isu Pakaian Di Gegar Vaganza