“Cepat-Cepatlah Lepaskan Saya” – Puteri Sarah Luah Dah Lali Dengan Kehidupan Sekarang

1 Mar 2023 • 1:03 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Mengikut tarikh yang sudah ditetapkan mahkamah, tinggal beberapa hari saja sebutan kes permohonan cerai dibuat Puteri Sarah kepada Syamsul Yusof akan berlaku iaitu pada 7 Mac.

Menurut laporan Gempak, aktres terbabit berharap di akan dilepaskan dengan cara baik dan dirinya yakin 100 peratus akan dilepaskan oleh suami yang juga merupakan seorang pelakon dan pengarah.

Saya harap pihak sana cepat-cepat lepaskan saya. Saya sudah tidak mahu hidup lama sangat macam ni.

Menurutnya lagi, dia juga meminta petunjuk mengenai isu yang melanda daripada Allah SWT dengan melakukan solat istikharah sewaktu berada di Umrah.

Sarah atau nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat berkata sedemikian ketika ditemui oleh pihak Gempak di majlis sidang media untuk drama terbaru berjudul Andai Itu Takdirku berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur, semalam.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved