
Nak elak pisang cepat rosak, anda boleh cuba cara ini
Cepat Lebam Dan Busuk, Ini Rupanya Cara Simpan Pisang Agar Tahan Lama. Tidak dinafikan, buah-buahan sememangnya sumber makanan yang sihat dan baik untuk tubuh badan kita. Bukan sahaja bertindak sebagai sumber vitamin, namun menjadi bahan pelawas yang mujarab.
Walau bagaimanapun, sesetengah buah-buahan tidak dapat bertahan lama dan cepat masak hingga rosak.

Ini termasuk buah rambutan, jambu dan lain-lain. Buah pisang juga tidak terlepas daripada tergolong dalam kategori tersebut.
Pastinya ramai yang tidak mengetahui, sebenarnya terdapat cara bagi melambatkan proses buah ini memburuk. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian di bawah.
Bungkus dengan plastik
Sekiranya anda membeli seikat pisang, langkah yang boleh dilakukan adalah dengan bungkus atau tutup bahagian atas tandan pisang dengan plastik.
Dengan ini, ia akan melambatkan masalah pisang cepat rosak kerana gas etilena yang terbebas pada bahagian tersebut dapat dielakkan

Letak dalam bekas kedap udara
Simpan pisang yang tidak habis atau telah dikupas kulit ke dalam bekas kedap udara atau beg berzip. Cara ini berguna bagi mengelakkan oksigen keluar dan mengelakkan ia terlebih masak.
Letak dalam peti sejuk
Seterusnya, pisang juga boleh disimpan dalam peti sejuk, langkah ini sekurang-kurangnya dapat melambatkan proses masak pisang sehingga sebulan dan mengekalkan pigmen (lapisan luar kulitnya).

Jauhkan dari cahaya matahari
Elakkan daripada terkena cahaya matahari secara langsung. Hal ini kerana ia boleh menaikkan suhu buah itu sekaligus menjadikanya lebih cepat masak.
Asid Sitrik
Asid ini berfungsi sebagai bahan pengawet untuk pisang yang telah dikupas. Ambil satu sudu jus lemon atau limau nipis dan jus oren, semburkan pada pisang yang telah siap dipotong. Kemudian, tutup dalam bekas dengan ketat.


