“Cepat Sikit Kahwin, Boleh Cepat Buat Anak Baru. Tak Payah Guna Han & Yuki Lagi..” – Cik Epal

LocalEntertainment
16 Jan 2025 • 12:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Boleh dikatakan, pertelingkahan antara dua personaliti media sosial iaitu Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam hingga ke hari ini masih belum ‘tenang’, tambahan pula kekasih Jo yang sebelum ini merupakan pekerjanya, Dewi turut terpalit.

Terbaru, melalui Instagram Story Cik Epal, dia ada memuat naik status seolah-olah menyindir bekas suami yang sedaya upaya memburukkannya di hadapan Dewi.

image is not available

Korang berdua memang match made in hell. Cepat sikit kahwin. Boleh cepat buat anak baru.

Dalam pada itu, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud meminta mereka segera berkahwin dan ditimang cahaya mata sendiri agar tidak akan menggunakan lagi anak-anaknya, Han dan Yuki hanya untuk bertengkar.

image is not available

Malah sempat ‘mendoakan’ pasangan tersebut bahagia dapat mendirikan rumah tangga tak lama lagi selepas mengharungi pelbagai ‘cabaran’ untuk bersama.

image is not available 2 days ago

“Saya Memang Sedang Bercinta Dan Bahagia, Akan Bernikah Dalam Masa Terdekat” - Jofliam