“Cepatla Naik Pelamin” – Netizen Tumpang Bahagia Lihat Sooyoung & Jung Kyungho Dating Di Australia

Music
23 Feb 2024 • 8:38 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Tak sabarnya nak tengok pasangan Jung Kyung-ho dan Soo-young naik pelamin!

Baru-baru ini, Jung Kyung-ho dan Soo-young dilihat telah meluangkan waktu bersama di Sydney, Australia.

Menerusi beberapa foto yang telah dikongsi, pasangan bahagia itu sedang berjalan-berjalan di zoo, sambil melihat pemandangan indah di negara tersebut.

Perkara lain yang menarik perhatian adalah, mereka juga turut memakai ‘couple shoes’, membuatkan netizen semakin seronok melihat hubungan dua selebriti itu.

Sebelum ini, pasangan itu juga sudah beberapa kali ‘ditangkap’ keluar dating bersama, sama ada di Korea mahupun di luar negara.

Komen netizen,

Sukanya tengok pasangan ini, memang positif vibes sangat.

 

Saya harap semua ahli SNSD yang lain pun boleh bercinta secara terbuka dan santai macam Soo-young.

 

Tak sabar nak tunggu pengumuman perkahwinan mereka.

 

Tengok mereka pun saya dah bahagia.

Semoga selamanya terus berbahagia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article