Cerai diminta, parang pula diacu

8 Sep 2026 • 2:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Cerai diminta, parang pula diacu
Suspek ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaa

TAWAU - Seorang wanita berdepan detik cemas apabila diacukan parang oleh suaminya selepas menyatakan hasrat untuk bercerai ketika mereka dalam perjalanan dari Tawau ke Semporna pada Jumaat lalu.

Kejadian dipercayai berlaku selepas kenderaan dipandu suspek berusia 40-an itu berhenti di kawasan Check Point, Kilometer 52, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Wilynton Enchana Watt berkata, susulan laporan diterima, suspek yang juga lelaki tempatan berjaya dikesan di Bandar Tawau sebelum ditahan kira-kira jam 2 pagi.

"Hasil siasatan awal, mangsa wanita warga asing berusia 30-an ketika itu bersama suspek dalam perjalanan dari Tawau ke Semporna sebelum suspek memberhentikan kenderaan mereka di lokasi kejadian.

"Suspek kemudiannya keluar dari kenderaan menuju ke bahagian belakang sebelum mengambil sebilah parang pendek dan mengacukannya ke arah mangsa yang berada di dalam kereta sambil mengeluarkan kata-kata ugutan.

"Mangsa dan suspek kemudiannya bergelut bagi merampas parang tersebut sebelum mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada malam Isnin.

Menurut beliau, siasatan lanjut mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada hasrat mangsa untuk bercerai dengan suspek.

“Turut dirampas sebuah kenderaan berserta anak kunci.

"Suspek ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.

Wilynton menegaskan, pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melakukan ugutan jenayah serta memastikan keselamatan mangsa sentiasa diberi perhatian.

 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved