Ceramah percuma kesihatan mental di Sandakan 18 Feb

8 Jan 2023 • 1:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Kelab Rotary Sandakan Utara akan menganjurkan ceramah kesihatan mental pada 18 Februari ini, kata presidennya, Steven Lee Chung Hau.

Katanya, kelab itu mendapati isu kesihatan mental adalah antara cabaran perubatan dan sosial utama yang dihadapi komuniti tempatan.

“Bagaimanapun, walaupun penyakit ini serius, kita masih kurang kesedaran dan pengetahuan berkaitan kesihatan mental,” katanya pada Sabtu.

Justeru itu, katanya, ceramah percuma itu yang akan diadakan di Sekolah Menengah Yu Yuan, Batu 4, di sini, diharapkan dapat meningkatkan kesedaran mengenai penyakit itu kepada orang ramai.

Dr Cheang Yue Wen dari Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Duchess of Kent Sandakan akan menjadi penceramah jemputan, tambahnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article