Cermin Bas Retak, Pemandu Merintih & Buntu Nak Bayar Kos Kerosakan

16 Apr 2023 • 3:42 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Cermin Bas Retak, Pemandu Merintih & Buntu Nak Bayar Kos Kerosakan

Ketika memandu atau menunggang motosikal, setiap orang perlu bersedia dengan segala kemungkinan kerana malang tidak berbau.

Kadang kala berlaku perkara yang tidak diingini dan berada di luar kawalan kita. Bagaimanapun, ia tetap perlu dilalui dengan tabah.

Baru-baru ini tular satu rakaman mengenai pemandu bas yang bimbang kerana cermin bas yang dipandunya retak akibat kemalangan.

Rakaman berdurasi 36 saat itu telah dimuat naik oleh Pengguna Tiktok @rbtladwh.

Wanita tersebut menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku pada pagi 14 April lalu ketika dia berada di dalam bas untuk ke tempat kerja.

image is not available

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Bugis, Singapura.

Menurut wanita itu, pemandu bas telah menekan brek secara mengejut kerana tidak perasan dengan kehadiran penunggang motosikal di hadapannya.

Akibatnya, cermin bas yang dipandunya mengalami retak yang agak teruk.

Pemandu Merintih & Buntu

Melihat keadaan itu, pemandu bas tersebut dipercayai menangis mengenangkan kos yang perlu ditanggung olehnya untuk membaiki cermin itu.

“Macam mana nak bayar ni,” rintihnya dalam video itu.

image is not available

Sementara itu, wanita tersebut berkata bahawa dia sebak melihat situasi itu kerana teringatkan bapanya.

“Tambah-tambah lagi hari raya tak lama lagi,” katanya.

Syarikat Bayar Kos Kerosakan

Dalam video berikutnya yang dimuat naik pada 15 April, wanita itu berkata pemandu bas itu mengangkut penumpang dari Singapura ke Malaysia.

Tambahnya lagi, pemandu bas tersebut kini baik-baik saja dan telah membuat laporan polis berhubung kejadian yang menimpanya.

Malah, dia juga tidak perlu lagi risau kerana syarikatnya akan menanggung kos kerosakan cermin itu.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat 1.9 juta tontonan dan 123 ribu tekan tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa pemandu bas itu.

Sumber: Mothership

View Original Article