Cermin gelap untuk kereta, baik atau sebaliknya

Cars
28 Aug 2022 • 9:00 AM MYT
Abdul Muhaimin
Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing

Image from: Cermin gelap untuk kereta, baik atau sebaliknya

Photo by Erik Mclean from Pexels

Kereta adalah kenderaan bermotor yang kita gunakan bagi memudahkan urusan kehidupan seharian dan kerja kita. Bagi yang berkemampuan semestinya akan membeli kereta bagi keselesaan perjalanan. Di Malaysia kadar penggunaan kereta meningkat saban tahun dan kesesakan lalu lintas pun turut meningkat. Akan tetapi setiap pemilik kenderaan wajib mematuhi undang – undang dibawah agensi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Perundangan yang menyeluruh meliputi aspek keselamatan pengguna jalanraya dan pengguna kenderaan yang sangat sesuai dilakukan di negara kita.

Contohnya terdapat kawalan terhadap penukaran enjin , bunyi ekzos , kelebaran tayar dan ketelusan cahaya cermin kenderaan. Tahun 2019 telah menyaksikan pihak berkuasa telah memutuskan untuk menukar kadar ketelusan cahaya cermin kereta yang sangat disambut baik oleh pengguna semua. Menurut Harian Post, yang pertama adalah cermin sisi penumpang dan cermin belakang dibenarkan gelap sepenuhnya. Hal ini sangat disukai oleh majoriti pengguna kenderaan penumpang. Yang kedua adalah cermin sisi bahagian pemandu kekal pada kadar 50% manakala cermin depan adalah 70%. Kadar ketelusan cahaya yang sepenuhnya gelap pada cermin sisi dan belakang sangat ditunggu kerana ia memberi keselesaan kepada pengguna.

Antara kebaikan cermin gelap di belakang adalah kepada yang mempunyai anak – anak kecil dan ibu menyusu. Ia akan memberi privasi kepada pengguna kenderaan tersebut. Tambahan juga ia dapat menyumbang kepada ciri keselamatan yang baik kerana orang luar sukar untuk melihat penumpang dan dapat melindungi keselamatan anak – anak kecil yang berada di belakang. Hal ini kerana ada kes culik yang terjadi kerana penculik dapat melihat secara jelas bilangan penumpang dan jika ibu bapa leka mereka akan mengambil kesempatan.

Antara keburukan cermin gelap pada sisi dan belakang adalah pengguna e-hailing yang menggunakan servis tersebut. Pemandu boleh melakukan jenayah dan menggunakan kesempatan itu kerana orang luar tidak Nampak perbuatan mereka di dalam kereta. Bagi yang beragama Islam pula ia menjadi satu keburukan juga kerana mengundang maksiat bagi pasangan yang belum berkahwin. Cermin gelap ini adalah banyak kebaikan dari keburukan sebenarnya tetapi bergantung kepada penilaian dan pendapat masing – masing.


Abdul Muhaimin adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav.

Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.