Cermin Mata Pintar Huawei Eyewear 2 Dilancarkan

TechnologyDigital
19 Sep 2023 • 1:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Cermin mata pinytar Huawei Eyewear 2 telah dilancarkan di Barcelona minggu ini dan adalah kesinambungan kepada cermin mata pintar yang mereka tawarkan sejak 2019. Huawei Eyewear 2 membawakan penambahbaikan pada hayat bateri yang kini menawarkan penstriman muzik sehingga 11 jam dan pengecasan semula hanya 50 minit yang lebih baik berbanding 5 jam sahaja pada generasi pertama.

image is not available

Ia boleh juga melakukan panggilan telefon apabila ditambat pada sebuah telefon pintar. Bingkai Eyeware 2 diperbuat daripada titanium dengan berat bawah 5 gram. Dengan ia melepasi piawaian IP54 Eyewear 2 turut kalis debu dan percikan air. Kawalan fungsi Eyewear 2 dilakukan menerusi pad sesentuh di bahagian tangkap. Speaker terbina pada tangkai hadir dengan sistem pembatalan hingar supaya panggilan suara yang jelas boleh dilakukan oleh pemakai.

Huawei mengatakan Eyewear 2 bukan sahaja boleh digunakan pada peranti HarmonyOS tetapi juga pada Android, iOS dan Windows. Sepasang Huawei Eyewear 2 dijula pada harga €300 (~RM1500) bermula Oktober ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved