Ceroboh kediaman MB Selangor: Kertas siasatan dirujuk kepada pendakwa esok

7 Jan 2024 • 11:31 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 7 JAN: Kertas siasatan berhubung kejadian tiga pengamal media tempatan menceroboh masuk ke dalam kediaman rasmi Menteri Besar (MB) Selangor, diserah kepada kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) negeri, esok.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya berjaya menyelesaikan siasatan kes tersebut hari ini, walaupun diberi tempoh reman yang singkat.

“Mereka diberikan jaminan polis dan siasatan telah selesai dalam tempoh reman diberi itu. Esok, kita akan rujuk kertas siasatan kepada TPR Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan ketiga-tiga suspek berusia 31 hingga 35 tahun itu direman dua hari oleh Mahkamah Majistret di sini, untuk disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, tular di media sosial video berdurasi 29 saat memaparkan tiga individu yang dipercayai menceroboh kediaman rasmi MB Selangor di Seksyen 7 di sini.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved