Ceroboh kem tentera: Lelaki warga Rusia didenda RM1,000

LocalPolitics
23 Dec 2024 • 2:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Rusia didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah menceroboh sebuah kem tentera, dua minggu lepas.

Majistret Illi Marisqa Khalizan menjatuhkan hukuman itu ke atas Zakharov Ilia, 35, dan memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan jika gagal membayar denda.

Tertuduh didakwa melakukan pencerobohan dengan berada dalam kawasan larangan Kem Perdana Sungai Besi, Cheras, pada 4.50 petang, 14 Disember lepas, mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Syafika Azwa Fikri memohon hukuman setimpal diberikan kepada tertuduh sebagai pengajaran.

Terdahulu, Peguam P. Suthes yang mewakili Zakharov memohon mahkamah memberikan hukuman denda atas alasan anak guamnya merupakan seorang pelajar sebuah universiti swasta di ibu kota. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved