Ceroboh kuil, pecah patung, tiga individu termasuk Tamim Dahri ditahan

LocalPolitics
15 Oct 2026 • 4:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ceroboh kuil, pecah patung, tiga individu termasuk Tamim Dahri ditahan

KUALA LUMPUR – Tiga individu termasuk seorang aktivis ditahan bagi membantu siasatan kes khianat dengan memecahkan patung selepas menceroboh masuk sebuah kuil di Jalan Klang Lama, di sini, 6 Oktober lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima dua laporan polis berhubung kejadian tersebut.

“Dalam kejadian itu, sebanyak empat patung dilaporkan dipecahkan, namun jumlah kerugian masih dalam siasatan. Kesemua suspek ditahan di Beranang, Selangor Ahad lalu lalu, kira-kira pukul 11 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata, kesemua individu yang ditahan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Bagaimapun, mereka difahamkan telah dibebaskan dengan jaminan polis, kelmarin

Tambahnya, kertas siasatan telah diserahkan kepada Pejabat Pendakwaan Negeri untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.

Sebelum ini, media melaporkan penahanan aktivis kempen membantah kuil tidak sah, Tamim Dahri Abdul Razak bersama abangnya berhubung kejadian di kuil berkenaan.

Terdahulu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berhubung kejadian berkenaan bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan. – KOSMO! ONLINE

The post Ceroboh kuil, pecah patung, tiga individu termasuk Tamim Dahri ditahan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved