CES 2024: Volkswagen integrasikan ChatGPT ke dalam sistem inforia

12 Jan 2024 • 3:48 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Volkswagen mengumumkan perancangannya untuk memasukkan aplikasi OpenAI, ChatCPT ke dalam sistem hiburan (infotainment) kenderaan mulai suku kedua 2024.

Kemas kini tersebut yang akan mula tersedia untuk kenderaan pasaran Eropah melibatkan model tertentu keluaran Volkswagen termasuk kenderaan elektrik ID.7, ID.4, ID. 5, ID.3, Tiguan, Passat dan Golf. Manakala untuk pasaran Amerika Syarikat, pengeluar kereta dari Jerman memaklumkan ia masih dalam perbincangan.

ChatGPT dengan pelbagai fungsi

Didayakan oleh Cerence Chat Pro, integrasi ChatGPT yang disepadukan ke dalam pembantu maya IDA, menawarkan pelbagai keupayaan baharu seperti mengawal sistem hiburan, navigasi, penyaman udara atau menjawab soalan berkaitan pengetahuan am dan bukan sekadar untuk kawalan suara semata-mata.

image is not available

Pemilik Volkswagen boleh terus menggunakan fungsi ChatGPT itu dengan mengaktifkan pembantu maya dengan hanya menyebut 'Hello IDA', tanpa perlu membuat akaun baharu, memuat turun atau mengaktifkan sebarang aplikasi. Fungsi itu juga boleh diaktifkan dengan menekan butang pada stereng.

Fungsi ChatGPT juga tidak akan mendapat sebarang akses kepada data kenderaan, setiap soalan dan jawapan akan dipadamkan serta-merta untuk memastikan tahap perlindungan data.

[Sumber: Volkswagen]

Bacaan berkaitan: