Cetus Spekulasi, Trump Dakwa ‘Kuasai’ Ruang Udara Iran

WorldPolitics
18 Jun 2025 • 12:38 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Cetus Spekulasi, Trump Dakwa ‘Kuasai’ Ruang Udara Iran

“Kami kini mempunyai kawalan penuh dan menyeluruh ke atas ruang udara Iran,” kata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menerusi platform Truth Social.

Beliau berkata demikian disusuli pujian terhadap keberkesanan senjata buatan AS walaupun tidak menyebut Israel secara khusus.

“Tiada siapa yang melakukannya dengan lebih baik daripada AS yang hebat ini,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, AFP turut melaporkan bahawa Trump mendakwa AS mengetahui lokasi persembunyian Pemimpin Tertinggi Iran.

“Kami tahu dengan tepat di mana ‘Pemimpin Tertinggi’ itu bersembunyi. Beliau merupakan sasaran yang mudah, tetapi selamat di situ — kami tidak akan menghapuskannya (bunuh), sekurang-kurangnya bukan buat masa ini,” tulis Trump.

image is not available
Sumber: AFP

Kenyataan ini dibuat ketika persoalan semakin memuncak sama ada AS akan menyertai serangan Israel terhadap Iran.

Sumber: AFP