Samsung Menyasarkan Pengeluaran 2.5 Juta Galaxy Flip Z Tahun Ini

TechnologyDigital
11 Feb 2020 • 9:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy Z Flip akan dilancarkan secara rasmi awal pagi esok ketika acara Unpacked di San Francisco. Peranti skrin boleh-lipat kedua dari Samsung ini telahpun diacah semalam dan rekaannya bukan lagi misteri. Menurut laporan media Korea, Samsung menyasarkan pengeluaran 2.5 Juta unit Galaxy Flip Z tahun ini.

image is not available
Angka jualan ini adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding Galaxy Fold yang disahkan mereka sebelum ini. Ia mungkin dapat dicapai dengan penjualan ke pasaran yang lebih meluas berbanding Fold serta harga jualan yang lebih rendah. Tahun lalu Samsung menyasarkan jualan 6 juta unit peranti skrin boleh-lipat sepanjang 2020. Ini bermakna mereka pasti akan melancarkan beberapa lagi peranti dengan rekaan seperti ini selepas Flip Z.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved