Semua Pelanggan Streamyx Akan Dibawa Ke Pelan Unifi Lite Mulai 1 September – RM69 Sebulan

TechnologyDigital
6 Aug 2019 • 2:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TM hari ini mengumumkan pengenalan pakej Unifi Lite kepada semua pengguna Streamyx sedia ada, dimana ia menawarkan akses jalur-lebar sehingga 8Mbps.

image is not available

TM mengatakan semua pelanggan sedia ada Streamyx akan dinaik-taraf kepada pakej Unifi Lite ini secara automatik bermula 1 September 2019 ini. Melaluinya, semua pelanggan hanya akan perlu membayar RM69 sebulan sahaja berbanding pakej sebelum ini.

Menariknya, sekiranya pelan anda sebelum ini adalah dibawah RM69, maka anda boleh mengekalkan harga berkenaan seperti biasa. Dengan pengenalan pakej baru ini, pengguna Streamyx sedia ada akan membayar secara maksima RM69 sebulan.

Untuk pengguna baru yang mendaftar Unifi Lite ini pula akan dicaj sebanyak RM89 sebulan.