Chagee perkenal siri matcha The Little Prince

Food
23 Sep 2026 • 8:19 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Chagee perkenal siri matcha The Little Prince

Dalam novel klasik karya Antoine de Saint-Exupery bertajuk The Little Prince, ada satu ungkapan terkenal yang sering dikenang: “Kita hanya mampu melihat sesuatu dengan jelas melalui hati. Hal yang penting tidak dapat dilihat oleh mata.”

Falsafah ringkas tentang keikhlasan, kesederhanaan dan menghargai detik-detik kecil kehidupan itu kini dihidupkan semula, bukan di Planet Asteroid B 612 tetapi menerusi secawan teh.

Jenama teh antarabangsa popular, Chagee mengumumkan kolaborasi khas bersama karya kesayangan ramai tersebut baru-baru ini.

Menerusi kerjasama itu, Chagee memperkenalkan siri matcha edisi terhad yang bukan sahaja memanjakan lidah, malah mengajak penggemar teh untuk ‘berhenti sejenak’ dan menikmati keindahan rasa dicipta penuh ketelitian itu.

Sama seperti watak Putera Cilik yang menjaga bunga mawar kesayangannya dengan penuh kasih sayang, Chagee menerapkan tahap ketelitian yang sama dalam penyediaan siri matcha itu.

Segalanya bermula daripada petikan tuaian musim bunga pertama. Daun-daun muda ini ditanam di bawah teduhan selama lebih 20 hari sebelum dituai, sekali gus membolehkannya membentuk warna hijau pekat serta rasa yang halus.

Daun tersebut kemudian dikisar menjadi serbuk ultra halus bersaiz 1000 mesh. Hasilnya, rasa matcha yang seimbang, segar dan kaya terhasil tanpa sebarang tekstur kasar.

Pengurus Besar Chagee Malaysia, Eason Fang berkata, mesej kisah legenda itu adalah tentang melihat dunia dengan hati yang bersih dan jujur, bertepatan dengan jenama itu.

Image from: Chagee perkenal siri matcha The Little Prince
FANG (tengah) bersama barisan pengurusan Chagee Malaysia yang lain pada majlis eksklusif media ‘Journey of the Heart’.

“Kami berharap, kolaborasi ini membawa sedikit kegembiraan dan makna kepada setiap detik yang dikongsi bersama secawan teh,” ujarnya.

Kelainan utama dalam edisi terhad kali itu adalah Lime Cheese Matcha Latte. Ia menggabungkan keharuman matcha, keasidan segar buah limau, serta lapisan krim keju (cheese cap) yang kaya dan lembut di atasnya.

Bukan sekadar resipi baharu, semangat The Little Prince turut melimpah ke seluruh pengalaman pelanggan, daripada rekaan khas kedai, cawan edisi terhad sehinggalah

barangan eksklusif yang diilhamkan daripada dunia penuh bintang dan pengembaraan itu.

Bagi mereka yang mahu merasai sendiri keajaiban itu, Chagee turut menganjurkan acara khas, ‘Journey of the Heart’ yang berlangsung sehingga 27 September ini dari 10

pagi hingga 10 malam bertempat di Centre Court, pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur.

Pengunjung yang mendaftar menerusi aplikasi Chagee dan mengikuti media sosial rasmi jenama itu berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik. Antaranya, sesi tea tasting, bengkel DIY (mencipta cenderamata bertema The Little Prince) dan mendapat ganjaran eksklusif.

Semua minuman dan barangan eksklusif siri terbaharu tersebut sudah boleh didapati di cawangan Chagee yang dijamin halal di seluruh negara.

The post Chagee perkenal siri matcha The Little Prince appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved