
Kota Kinabalu: Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin serta delegasi mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor untuk membincangkan khususnya peningkatan kadar tanam semula bagi pekebun kecil sawit dan pelaksanaan sistem pendataan warga asing di Sabah.
Chan berkata pelaksanaan Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 (TSPKS 2.0) boleh memanfaatkan pekebun kecil sawit dari segi kemudahan proses dalam pengesahan status pemilikan tanah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri
Beliau berkata Sabah merupakan pengeluar utama minyak sawit mentah (MSM) di Malaysia dan meningkatkan kadar tanam semula adalah penting bagi menjamin kelestarian dan produktiviti industri sawit dalam jangka panjang,” katanya.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Tambah beliau, pengesahan status tanah oleh Kerajaan Negeri adalah komponen penting dalam membolehkan pekebun kecil mengakses pembiayaan di bawah skim TSPKS 2.0 dengan lebih mudah dan cekap.
Isu kedua yang dibincangkan adalah pelaksanaan sistem pendaftaran digital pekerja asing bagi sektor sawit di Sabah. Menurut Chan, sistem ini dilihat sebagai langkah penting untuk pengurusan buruh asing yang lebih sistematik dan efisien.
Beliau berkata sektor sawit sangat bergantung kepada tenaga kerja asing, dan sistem pendaftaran digital akan membolehkan Kerajaan menyusun data pekerja secara lebih telus dan teratur, selaras dengan keperluan pemantauan dan keselamatan.
Chan turut menekankan keperluan kerjasama rapat dan penyelarasan berterusan antara agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi memastikan pelaksanaan sistem ini berjalan lancar dan berkesan.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri atas sokongan berterusan terhadap usaha kementerian dalam memajukan sektor agrokomoditi, khususnya industri sawit yang menjadi tonggak penting kepada ekonomi Sabah.
“Kementerian percaya bahawa kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri akan terus meningkatkan daya saing industri agromoditi demi manfaat rakyat dan negara,” katanya.
Turut hadir dalam kunjungan ini ialah delegasi pengurusan tertinggi kementerian termasuk Setiausaha Bahagian Kanan Industri Sawit dan Sagu (BISS), Severinus Tukah; Setiausaha Bahagian Penggalakan Inovasi dan Modal Insan Industri (PIMI), Saravana Kumar a/l Marimuthu; Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Negeri Sabah, Datuk Shahminan Sahari; serta Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Ceasar Mandela Malakun.
