Chanyeol EXO Kembali Temui Peminat Di Kuala Lumpur Untuk ‘Chanyeol Fancon: The Eternity’ Mac Ini

Music
26 Dec 2023 • 1:19 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Ramai penyanyi serta kumpulan K-Pop yang akan datang membuat persembahan di Malaysia pada tahun 2024, dan Chan-yeol EXO juga merupakan salah seorangnya.

Terkini, iMe Malaysia telah mengumumkan bahawa Chan-yeol EXO akan menemui peminat di Malaysia pada Mac 2024.

Terlebih dahulu, ahli EXO ini telah mengadakan konsert perjumpaan peminatnya iaitu “Chanyeol Fancon: The Eternity” di beberapa buah negara Asia pada tahun 2023. Namun, disebabkan permintaan yang tinggi, dia telah menambah tarikh konsertnya untuk beberapa bandar termasuk Macau, Jakarta dan Kuala Lumpur.

Menariknya, ini bukanlah kunjungan pertama Chan-yeol ke Malaysia. Pada 14 Mei 2023, penyanyi ini bersama dengan seorang lagi ahli EXO iaitu Se-hun, telah menggegarkan Malaysia dengan konsert perjumpaan peminat “EXO SC: Back To Back”.

Sementara itu, konsert Chan-yeol yang dinantikan oleh ramai EXO-L (kelab peminat EXO) ini akan berlangsung pada 2 Mac 2024 di Megastar Arena, Kuala Lumpur, bermula jam 5 petang.

Maklumat mengenai penjualan tiket akan diumumkan tidak lama lagi, jadi pastikan untuk mengikuti perkembangan terkini.

Korang dah sedia ke belum?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.