ChargeSini akan mula tempatkan pengecas EV di Pasaraya Mydin

16 Oct 2023 • 4:46 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

ChargeSini, salah satu operator stesen EV terkemuka Malaysia, mengumumkan bakal bekerjasama dengan Mydin bagi menyediakan stesen pengecas EV di cawangan-cawangan Mydin. Ia sebagai satu langkah menyemarakkan pertumbuhan EV di negara kita.

image is not available

Berdasarkan maklumat yang terkini daripada ChargeSini, dalam suku 3 2023 sahaja mereka berjaya memasang 162 pengecas EV di 46 lokasi di seluruh negara.

image is not available

Penyertaan Mydin dalam sektor EV bukanlah baru. Dalam bulan Oktober 2022 lalu, Mydin telah memberikan akses ekslusif kepada Ecoride Sdn. Bhd. untuk memasang pengecas EV di cawangan Mydin terpilih, bermula dengan Mydin Mutiara Rini, Johor Bahru. Mungkin tempoh kebenaran ekslusif itu telah tamat dan Mydin membuka peluang kepada operator lain untuk beroperasi.

image is not available

Sumber: ChargeSini

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved