ChargEV akan hentikan operasi pengecas EV di 18 stesen Petronas untuk tujuan naik taraf

28 Apr 2023 • 5:11 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

ChargEV mengumumkan yang mereka akan menutup operasi pengecas EV NewMotion AC yang telah berusia di 18 stesen Petronas. Tindakan itu diambil bagi memulakan proses menaik taraf pengecas kepada model yang lebih baharu supaya pengguna mereka boleh menikmati pengalaman mengecas EV yang terbaik.

image is not available

Berikut adalah senarai stesen Petronas yang terlibat:

  1. Lebuhraya Sprint
  2. TPM
  3. Puchong Gateway
  4. Solaris Putra
  5. Solaris Serdang
  6. Putra Height
  7. East West Link
  8. Kesas Arah Timur KM34.5
  9. Sg. Buloh Layby
  10. Lebuhraya ELITE
  11. NKVE
  12. Grand Saga
  13. NPE Taman Desa
  14. Lebuhraya Shahpadu
  15. Genting Sempah
  16. R&R Benton
  17. Lebuhraya Karak KM72
  18. Peramu 2

Menurut ChargEV mereka sedaya upaya mempercepatkan proses naik taraf supaya tempoh luar perkhidmatan stesen-stesen pengecas ini berada pada tahap minimum. Salah satu masalah yang dihadapi pengecas legasi seperti ini adalah ia perlu diaktifkan secara manual menggunakan kad fizikal sedangkan pengecas yang lebih moden sudah boleh diaktifkan menggunakan aplikasi telefon pintar.

image is not available

Dalam pada itu, ChargEV juga akan sentiasa memaklumkan kepada pengguna tentang kerjasama perayauan mereka bersama Gentari dan JomCharge. Kerjasama ini bakal menyaksikan semua stesen pengecas ketiga-tiga penyedia perkhidmatan ini disatukan dalam satu aplikasi. Jadinya, tak perlulah anda pasang banyak aplikasi hanya untuk mengecas EV anda.

Sumber: ChargeEV