CHARR Dining Membawa Keenakan Rasa BBQ Kayu Api Dalam Suasana Santai Menawan

Food
26 Mar 2025 • 7:59 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sanchoku Wagyu antara hidangan yang terdapat di CHARR

Kuala Lumpur tidak pernah mengecewakan dalam memberikan pengalaman kulinari yang luar biasa dan menambat selera. Terbaharu, pencinta makanan boleh memuaskan selera di CHARR Dining, restoran BBQ api kayu yang telah dibuka secara rasmi kira-kira sebulan lalu. 

Restoran yang terletak di 47-3A, The Manor, 3, Persiaran Stonor ini menawarkan pengalaman kulinari di mana api, rasa, dan seni masakan bersatu. 

image is not available

Berakar umbi dalam tradisi lama pemanggangan, CHARR menggabungkan keberanian masakan api kayu dengan kehebatan teknik ‘wok hei’ Kantonis, teknik yang menangkap kehangatan dan asap untuk menghasilkan rasa yang mendalam dan unik.

CHARR Dining lahir daripada semangat mendalam untuk mencipta pengalaman santapan yang tidak dapat dilupakan. Dengan lebih sedekad pengalaman dalam industri makanan dan minuman, pengasas-pengasasnya membayangkan ruang yang meraikan rasa berani, keserasian, dan ramuan terbaik.

image is not available

Pendek kata, ia mengangkat masakan ‘wok hei’ yang popular di jalanan ke pentas ‘fine dining’ dengan menawarkan pengalaman menjamu selera yang lebih elegan dan bergaya.

“Kami mahu mencipta sebuah restoran yang bukan sekadar menyajikan makanan tetapi juga menyampaikan kisah di sebalik setiap hidangan.

“Pendekatan kami bukan untuk mengejar trend, tetapi untuk memperhalusi teknik memasak klasik yang menonjolkan keindahan semula jadi setiap bahan,” ujar Pengasas Bersama CHARR Dining, Cef Leong Chee Mun.

Daripada menu yang disusun dengan teliti hingga ke suasana yang mesra tetapi mewah, setiap elemen CHARR direka dengan tujuan tertentu. 

image is not available

Tentang pilihan nama, sudah pasti ada yang boleh meneka. CHARR diilhamkan daripada kaedah memasak tradisional yang menggunakan api langsung untuk menghasilkan rasa smoky yang mendalam. 

Teknik ini yang terkenal dengan keupayaannya untuk meningkatkan bahan semula jadi melalui karamelisasi dan reaksi Maillard, menjadi asas kepada falsafah kulinari CHARR. 

Setiap hidangan adalah bukti kepada kuasa transformatif api dan ketepatan masakan.

Antara hidangan istimewa CHARR yang boleh dicuba ialah:

● Pommes Anna with Herbs Crema & Smoked Trout Roe – Interpretasi mewah hidangan klasik Perancis dengan lapisan kentang rangup, mentega perang, crema herba berkrim, dan telur ikan trout salai yang kaya rasa.

● Chicken Wings with Pad Kra Pao & Fermented Hot Sauce – Kepak ayam Thai Pad Kra Pao yang diperap dengan rempah, digandingkan dengan sos pedas fermentasi buatan sendiri untuk rasa pedas, umami, dan tekstur rangup yang sempurna.

image is not available
Seasonal Fish with Singapore Laksa

● Seasonal Fish with Singapore Laksa – Ikan segar yang disajikan dalam kuah laksa aromatik yang pekat, menggabungkan rasa Asia Tenggara dengan teknik api kayu khas CHARR.

image is not available
Burnt Onion with Smoked Stracciatella & Chimichurri

● Burnt Onion with Smoked Stracciatella & Chimichurri – Bawang manis smoky yang dipadankan dengan stracciatella salai yang berkrim, chimichurri segar, dan telur ikan trout salai.

image is not available
CHARR White Corn with Fermented Jalapeño, CHARR Spice & Parmigiano Reggiano

● CHARR White Corn with Fermented Jalapeño, CHARR Spice & Parmigiano Reggiano – Jagung panggang dengan jalapeño fermentasi pedas, campuran rempah khas CHARR, dan keju Parmigiano Reggiano yang berumur untuk rasa umami yang mendalam.

Menu ini direka agar mudah diakses oleh semua, dengan pelbagai pilihan harga dan saiz hidangan, memastikan pengalaman santapan yang inklusif dan berkualiti tinggi.

CHARR turut mengamalkan kelestarian dalam program minumannya termasuk penggunaan kulit nanas untuk menghasilkan resipi sendiri, mengurangkan pembaziran sambil menambah keunikan pada menu penghilang dahagamereka.

Dari peminat makanan sejati hingga profesional yang mencari pengalaman santapan santai tetapi mewah, CHARR mengalu-alukan semua yang menghargai makanan berkualiti dan hospitaliti mesra. 

Reka bentuk restoran ini menggabungkan unsur budaya dan seni, termasuk pintu masuk berinspirasikan api dan meja makan kayu mahogani buatan tangan yang meraikan keindahan semula jadi serta kemahiran pertukangan.

image is not available

Jika memilih untuk menjamu selera di ruang balkoni, tetamu boleh menyaksikan keindahan matahari terbenam di sebalik mercu tanda ikonik, Menara Berkembar Petronas. 

“Hospitaliti inklusif adalah teras CHARR. Setiap tetamu, tidak kira latar belakang akan menerima layanan mesra dan perhatian yang sama,” ulas seorang lagi Pengasas Bersama CHARR Dining, Cef Wah Yin Xing.

“Kami mahu setiap orang yang melangkah masuk ke sini berasa mereka sebahagian daripada sesuatu yang istimewa.” tambah Pengasas Bersama CHARR Dining, Kenneth Ngaipula. 

CHARR juga bakal memperkenalkan pengalaman eksklusif ‘Chef’s Table’ dan menu degustasi khas yang membolehkan tetamu menyelami seni masakan api kayu dengan lebih mendalam. 

image is not available

Acara santapan intim ini akan menampilkan bahan bermusim dan memperlihatkan usaha tanpa henti CHARR dalam mencapai kecemerlangan kulinari.

Dengan komitmen terhadap rasa berani, teknik masakan yang teliti, dan layanan mesra, CHARR Dining mendefinisikan semula seni masakan berasaskan api di Malaysia.

Restoran ini beroperasi dari lima hari seminggu dari Rabu hingga Ahad, bermula jam 6 petang hingga 11 malam. 

Untuk kemas kini terkini, ikuti @charrdining di Instagram. - Getaran, 26 Mac 2025 

Foto : CHARR

View Original Article