Chatbot Meta AI Akan Dilancarkan Dengan Suara John Cena Dan Selebriti Lain Minggu Ini

TechnologyDigital
24 Sep 2024 • 12:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di acara Meta Connect yang akan berlangsung esok, chatbot Meta AI dilaporkan akan dilancarkan secara rasmi dengan beberapa suara selebriti terkemuka. Menurut Reuters, antara suara selebriti yang akan ditawarkan ialah pelakon John Cena, Dame Judi Dench, Awkwafina, Keegan-Michael Key dan Kristen Bell.

image is not available

Sebelum ini kedengaran ura-ura Meta membayar jutaan Dolar kepada selebriti-selebriti ini bagi menggunakan hak suara mereka. Meta Connect ialah acara yang digunakan oleh Meta untuk mengumumkan produk-produk serta ciri baharu pada platform milik mereka.

Penggunaan suara selebriti dalam projek AI ini juga sekaligus dapat membezakan Meta daripada pesaingnya seperti Apple (Siri) dan Google (Google Assistant). Sebelum ini pembantu maya dengan suara selebriti seperti Mr Beast, dan Snoop Dogg ditawarkan kepada pengguna Instagram tetapi ciri ini ditamatkan Julai lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved