ChatGPT Berbayar Untuk Menghasilkan Karangan Lebih Panjang Sedang Dipertimbangkan OpenAI

TechnologyDigital
12 Jan 2023 • 2:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kecerdasan buatan yang menyebabkan penulis manusia seperti kami pupus seperti Friendster dan Blackberry dalam masa terdekat. ChatGPT sudahpun menimbulkan pelbagai isu sehingga perisian yang mengesannya dibangunkan dan ia diharamkan daripada rangkaian internet sekolah. Isunya adalah ChatGPT boleh digunakan secara percuma tidak seperti WALL.E. Tetapi menerusi saluran Discord rasmi, OpenAI yang membangunkan ChatGPT kini mempertimbangkan untuk menawarkannya secara langganan berbayar.

image is not available

Perkhidmatan ChatGPT Professional akan mempunyai kemampuan menghasilkan karangan lebih panjang dan lebih pantas. Versi percuma sedia ada akan dikekalkan tetapi kemampuannya adalah tidak sebaik versi berbayar.

Senarai menunggu telah dibuka dengan individu yang berdaftar kemudian ditanya berapakah yang sanggup dibayar untuk mengakses ChatGPT Professional, apakah harga yang terlalu mahal dan apakah harga yang dirasakan terlalu murah sehingga dianggap tidak berkualito.

Bayaran perlu dikenakan untuk memastikan operasi ChatGPT boleh diteruskan. DALL.E yang juga dibangunkan oleh OpenAI menawarkan token berbayar untuk menjana imej. Maka jika ChatGPT Professional dilancarkan kelak dengan langganan ia tidaklah mengejutkan sama sekali.