
Nabi Muhammad SAW merupkan kekasih Allah SWT, malah baginda merupakan insan yang banyak berkorban dalam memperjuang dan menyebarkan agama Islam.
Bukan hanya itu, keperibadian baginda sering kali menjadi sebutan dan sunat untuk setiap umatnya mengikuti sunnah Rasulullah SAW.
Wanita tanya ChatGPT siapa 3 individu paling berpengaruh di dunia?
Baru-baru ini, seorang wanita dipercayai dari luar negara telah bertanya kepada sebuah aplikasi yang dikenali sebagai ChatGPT mengenai individu yang berpengaruh di dunia. Jawapan yang diberikan oleh aplikasi berkenaan menarik perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @master_nash di TikTok, awalnya wanita dikenali sebagai Lily Jay telah menyoal aplikasi tersebut siapakah tiga individu paling berpengaruh yang pernah hidup di dunia ini.
Nabi Muhammad SAW disenaraikan di tempat pertama sebagai individu berpengaruh di dunia
ChatGPT itu lalu menjawabnya dengan memulakan individu ketiga yang berpengaruh iaitu Jesus Christ yang dikatakan menjadi tokoh kepada agama Kristian.
Manakala individu kedua yang paling berpengaruh di dunia adalah Isaac Newton yang banyak memberi sumbangan dalam bidang sains seperti fizik dan matemetik. Pemahaman yang dibawa mengenai sains secara tidak langsung membantu orang ramai memahami tentang dunia alam semulajadi.
“Dan yang paling berpengaruh nombor satu adalah Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW menyatukan orang Arab dan Islam.
“Pengaruhnya melampaui agama, mempengaruhi budaya, hukum, struktur politikal, masyarakat. Selain itu baginda banyak memberi inspirasi dalam bidang ilmiah secara mendalam, kemajuan matemetik dan falsafah.
“Perkara itu membuatkan banginda menjadi tokoh penting dalam sejarah yang terus mempengaruhi orang ramai di seluruh dunia hingga ke hari ini,” ujarnya.
Siapakah yang paling berpengaruh di dunia? Itulah dia kekasih Allah 💝 #lovemuhammad #fyppp
Wanita teruja dengar jawapan diberikan ChatGPT
Penjelasan yang diberikan oleh ChatGPT itu secara tidak langsung membuatkan Lily teruja.
Menerusi hasil semakan kami, video asal tersebut telah dimuat naik oleh Lily Jay di akaun YouTube pada 9 November yang lalu.
Melihat di ruangan komen, ramai yang mendoakan agar wanita tersebut suatu hari nanti di berikan hidayah.
Tidar kurang juga ada yang mengatakan mereka sangat bangga dengan kenyataan dikeluarkan oleh aplikasi AI dan ia membuatkan mereka berasa kagum kerana Rasulullah SAW adalah tokoh yang teragung.
“Betapa bangganya aku ya Rasulullah SAW”

“Dah jangka tapi bila dia sebut masih rasa kagum dan meremang.”


