ChatGPT Kini Boleh Bacakan Hasil Kandungan Yang Dijana Kepada Anda – Termasuk Dalam Bahasa Malaysia

TechnologyDigital
5 Mar 2024 • 8:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ChatGPT kini mengumumkan pengenalan ciri dinamakan “Read Aloud”, yang mana membolehkan ChatGPT membacakan kepada anda hasil kandungan yang dijana melalui platform berkenaan.

image is not available

Ciri ini diperkenalkan pada aplikasi mudah-alih Android dan iOS, selain turut sedang diperkenalkan secara berperingkat pada versi web. Untuk menggunakannya, selepas sesuatu teks atau kandungan dijana ChatGPT, anda hanya perlu tap pada mesej berkenaan seketika, dan seterusnya memilih menu “Read Aloud”.

Sebuah pemain akan dibuka dan membacakan kepada anda hasil yang dijana.

Daripada percubaan kami, ciri ini turut menyokong sokongan membaca teks dalam Bahasa Malaysia, tanpa sebarang masalah.