ChatGPT Kini Digunakan 800 Juta Pengguna Aktif Setiap Minggu – 10% Daripada Penduduk Bumi

TechnologyDigital
7 Oct 2025 • 8:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI hari ini berkongsi menyatakan perkhidmatan ChatGPT dibawah mereka kini digunakan oleh 800 juta pengguna aktif setiap minggu. Ini sekaligus memperlihatkan peningkatan drastik dari segi penggunaan perkhidmatan berkenaan, selepas mencapai 700 juta pengguna aktif mingguan pada bulan Ogos 2025 lepas.

Dengan ini, ia sekaligus memperlihatkan 10% penduduk di Bumi kini menggunakan ChatGPT pada setiap minggu – dan menjadikannya antara perkhidmatan utama yang diakses semua setiap minggu.

ChatGPT sebelum ini telah diperkenalkan kepada umum pada November 2022, yang memperlihatkan penggunaannya meningkat drastik, disamping turut membuka kepada perlumbaan dalam arena kecerdasan buatan melibatkan semua di seluruh dunia, termasuk gergasi internet seperti Google dan Microsoft. OpenAI sendiri telah menambah sejumlah ciri-ciri pada perkhidmatan mereka, termasuk sokongan pertanyaan berasaskan suara, kebolehan penjanaan gambar, dan juga kebolehan penjanaan video.

Buat masa ini, OpenAI masih belum menjana keuntungan, dan kini bergiat dalam pembangunan infrastruktur bagi membolehkan mereka terus dapat menampung penggunaan dan permintaan pengguna, selain menyediakan perkomputeran untuk model generasi akan datang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved