ChatGPT Kini Digunakan Lebih 200 Juta Pengguna Setiap Minggu

TechnologyDigital
30 Aug 2024 • 7:20 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI kini berkongsi pencapaian terbaru, mengatakan ChatGPT mempunyai lebih daripada 200 juta pengguna aktif setiap minggu. Ini sekaligus memperlihatkan perkhidmatan kecerdasan buatan janaan ChatGPT terus menerajui pasaran dan digunakan meluas di seluruh dunia.

image is not available

Model berasaskan ChatGPT sedia diintegrasikan melalui komputer Windows sebelum ini, selain Apple juga akan mula menawarkan integrasi ChatGPT pada iPhone dan Mac kelak pada tahun ini. Integrasi oleh Apple dijangka akan terus membuatkan angka pengguna ChatGPT meningkat secara drastik.

OpenAI turut berkongsi menyatakan sekitar 92% syarikat Fortune 500 menggunakan perkhidmatan mereka atau integrasi API pada produk masing-masing.

Sebelum ini, ChatGPT telah diperkenalkan pada 2022 yang lepas, membolehkan pengguna berinteraksi dalam mendapatkan jawapan untuk pelbagai persoalan. Baru-baru ini, ia turut hadir laporan menyatakan OpenAI, syarikat sebalik dinilaikan mencapai lebih $100 bilion, dan Microsoft, Apple serta NVIDIA berminat melabur padanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved