ChatGPT Mengorak Langkah Persediaan Untuk Pengenalan Pengiklanan

TechnologyBusiness & Finance
25 Dec 2025 • 12:08 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

OpenAI sedia menjana pendapatan melalui penawaran langganan berbayar dengan pilihan $20 hingga $200 sebulan. Namun, perkhidmatan berkenaan masih jauh daripada penjanaan keuntungan, apatah lagi dengan jutaan pengguna masih menggunakan versi percuma.

Dalam usaha mengatasinya, salah satu cara mudah untuk menjana pendapatan melalui pengguna percuma adalah dengan memaparkan pengiklanan. Terbaru, mengikut laporan yang hadir hari ini, ia dikatakan pihak OpenAI telah memulakan langkah dalam bereksperimen dengan antaramuka paparan pengiklanan yang sesuai dan tidak menganggu.

image is not available
Imej janaan ChatGPT

Antara yang dilihat adalah termasuk memaparkan iklan pada bahagian tepi perkhidmatan ketika penjanaan bualan bersama ChatGPT. Disamping itu, ChatGPT juga dikatakan mungkin melihat untuk mengetengahkan produk dan iklan berbayar pada carian melibatkan produk.

Selain itu, satu lagi kaedah yang dilihat adalah dengan mengenal-pasti memori perbualan seseorang pengguna, dan memaparkan iklan yang sesuai untuk pengguna berkaitan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi kaedah mana yang akan menjadi keutamaan dalam bergerak kehadapan dalam paparan iklan ini. Apa pun, pihak OpenAI perlu lebih berhati-hati dalam pengenalan iklan ini, bagi mengelak pengguna berasa tidak selesa dan beralih ke perkhidmatan Google atau Meta.