Che Mad Mahu Ikut Jejak Langkah Farid Kamil, Minat Jadi Pelakon Dan Gemar Sukan Permotoran 

Movie
15 Dec 2022 • 7:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Muhammad Kamil a.k.a Che Mad - Gambar oleh Ellyna Ali

Anak kepada pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle, Muhammad Kamil a.k.a Che Mad, 7, mengakui berminat untuk menjadi seorang pelakon. 

“Saya mahu jadi seperti bapa saya. Saya mahu jadi pelakon. Tapi, saya mahu berlakon dengan ayah saya untuk projek seterusnya,” katanya sewaktu ditemui Getaran. 

Che Mad telah pun membuat penampilan sulung menerusi filem terbitan, arahan dan lakonan bapanya, Remp-It 2 yang telah pun ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia sejak 24 November lalu. 

image is not available
Muhammad Kamil - Gambar oleh Ellyna Ali

Sebagai pelakon cilik baharu, Che Mad telah menonjolkan lakonan yang memberangsangkan dalam filem tersebut. Bahkan, dia  juga tidak nampak kekok berlakon bersama bapanya. 

Namun, apabila ditanya mengenai pengalaman menjayakan penggambaran Remp-It 2, Che Mad mengakui, dia tidak lagi dapat mengingatinya kerana syuting filem itu dilakukan pada tahun 2019. 

“Tapi, ia amat menyeronokkan. Seronok tetapi letih,” katanya sewaku ditemui di sidang media Remp-It 2

Jelas Che Mad lagi, seperti bapanya, dia juga meminati sukan permotoran. 

“Saya belajar naik motor waktu usia 5 tahun. Saya masuk kelas. Tapi, dah lama saya tak pergi belajar dah,” katanya. 

Apabila ditanya perasaannya melihat dirinya dalam filem itu, Che Mad tersenyum. 

“Saya rasa okay,” katanya.  – Getaran, 15 Disember 2022