Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra selamat melahirkan anakanda yang pertama.
Berita gembira itu dikongsikan laman sosial rasmi Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra.

“Che Puan Mahkota Kelantan telah selamat melahirkan anakanda putera yang pertama pada pada 17 Julai 2023, Isnin, bersamaan 28 Zulhijjah 1444H,” titah baginda.
Che Puan Sofie Louise Johansson melahirkan anakanda puteranya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
Kedua-dua bonda dan anakanda dilaporkan dalam keadaan sihat dan selamat.

Warganet tidak ketinggalan teruja, meluahkan kesyukuran atas kelahiran bayi diraja dan mengucapkan tahniah buat baginda berdua.
Ujar mereka:
– “ Congratulations Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota dan Che Puan Mahkota!!.”
– “Masya-ALLAH. Alhamdulillah, sembah tahniah buat Tuanku berdua.”
– “Tahniah Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota dan YTM Che Puan Tengku Mahkota. Alhamdulillah.”
– “Sembah salam setinggi-tinggi tahniah.”

Dr Tengku Muhammad Faiz Petra dan Che Puan Sofie melangsungkan perkahwinan pada 19 April 2019 selepas bertunang pada 14 Februari 2018.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube, Tiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
The post Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Johansson Petra selamat lahirkan anakanda pertama appeared first on Sinar Plus.


