Che Ta Berang Remaja 17 Tahun Dilaporkan Hilang Rupanya Lari Ke Rumah Kawan Lelaki – “Menyusahkan Mak Bapak!”

5 Aug 2024 • 1:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, seorang remaja berusia 17 tahun telah dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya dan kali terakhir dilihat dia berada di kediamannya di Taman College Heights, Sikamat.

Nur Farah Diana Mohd Erwadi disedari hilang oleh ibunya ketika hendak mengejutkannya untuk ke sekolah pada Rabu, 31 Julai lalu sebelum laporan polis dibuat pada jam 7.10 pagi itu.

Namun, remaja itu akhirnya dijumpai dalam keadaan selamat di Kubang Kerian, Kelantan keesokan harinya, Khamis di rumah seorang kenalan lelakinya.

image is not available

 

Hilang di Seremban, jumpa di Kelantan

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, anak kedua daripada tiga beradik itu ditemui di rumah keluarga kenalan lelakinya itu.

Dia kemudiannya dihantar ke Balai Polis Kubang Kerian untuk dijemput pulang oleh ahli keluarganya dari Seremban.

 

Menyusahkan parents!

Hantaran berita mengenai penemuan Nur Farah Diana meraih perhatian dan mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada warganet namun rata-ratanya mengkritik tindakan remaja terbabit.

Pelakon, Rozita Che Wan atau Che Ta turut meluahkan rasa berang terhadap apa yang dilakukan remaja terbabit dengan menyifatkannya menyusahkan kedua orang tua.

Menyusahkan mak bapak!

Ramai warganet bersetuju dengan kata-kata Che Ta dan berpendapat remaja itu tidak seharusnya bertindak begitu kerana membuatkan kedua ibu bapanya berada dalam kerisauan memikirkan keselamatannya.

image is not available

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 weeks ago

Remaja Hilang Di Kedah Ditemui Di KTM Arau, Keluar Dengan Kawan Perempuan Baru Dikenali Sebulan