Che Ta pertikai kes jenayah selebriti ambil dadah disebarkan-“Penting sangat ke?”

LocalEntertainment
17 Dec 2024 • 5:23 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali Che Ta pertikai kes jenayah selebriti ambil dadah disebarkan untuk pengetahuan umum.

Menurut aktres berusia 51 tahun itu, perkara berkenaan tidak perlu disebarkan melainkan untuk pengetahuan pihak berkuasa sahaja, bukan khalayak ramai.

Che Ta pertikai kes jenayah selebriti ambil dadah

Rozita menyelar penyebaran berita berhubung pelawak lelaki yang ditahan akibat penyalahgunaan dadah, lebih-lebih lagi sudah lapan tahun ‘menagih’.

“Penting sangat ke nak sebar aib orang macam ini?
“Kenyataan ini cuma untuk pengetahuan polis je kot,” katanya dalam sebuah ruangan komen Instagram Astro Awani.

image is not available

Bagaimanapun, komen yang ditinggalkan oleh pelakon drama Kiah Pekasam itu menerima pelbagai reaksi dan rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataannya.

Netizen berpendapat adalah penting berita tersebut disebarkan kepada khayalak ramai terutama para peminat kerana ia merupakan kes jenayah, bukannya aib.

image is not available image is not available image is not available

Sebelum ini, media melaporkan seorang selebriti lelaki dilaporkan ditahan bersama dedaun kering disyaki ganja seberat 60.3 gram di sebuah rumah teres di Cyberjaya.

Dia ditahan selepas sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang menemui dua paket plastik lutsinar mengandungi dadah.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis tetra hydrocannibol (THC), namun tidak mempunyai sabitan rekod lampau.

Slebriti berkenaan juga ditahan reman sehingga 19 Disember ini. Tempoh permohonan reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Telok Datok, Kuala Langat, Selangor.

Sumber: IG Astro Awani