Che Ta Sekali Lagi Dikritik, Kali Ini Sebab Aaisyah Pakai Baju Nampak Badan & Pusat – “Jaga Pakaian Anak Elok-Elok, Dia Tu Perempuan”

14 Dec 2022 • 1:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru sahaja namanya disebut-sebut kerana video dimuat naik di Instagram anaknya, Aaisyah Dhia Rana, sekali lagi pelakon Rozita Che Wan dikritik netizen.

Baru-baru ini, pelakon mesra dengan panggilan Che Ta itu dinasihati peminat untuk mendidik anaknya berpakaian dengan lebih sopan serta seiring dengan usia.

Mana tidaknya, pada usia 8 tahun Aaisyah dilihat sudah bergaya seperti orang dewasa dan pakaiannya turut dikatakan seksi.

image is not available 1 hari lalu

"Rasa Malu Tu Sangat Mahal Di Akhir Zaman Ini" - Tegur Aaisyah 'Tua Sebelum Usia', Netizen Kritik Che Ta Biar Anak Seksi

Hari ini, Che Ta sekali lagi dikritik selepas memuat naik gambar bersama Aaisyah di Instagram ketika mereka ke Nusa Penida, Bali, Indonesia semalam.

Apa yang meraih perhatian warganet kali ini adalah gaya fesyen Aaisyah yang memakai skirt merah jambu bersama baju crop top berwarna putih menampakkan sebahagian perut dan pusat.

Netizen yang berasa kurang senang melihat penampilan dan gaya Aaisyah itu berpendapat bahawa ia kelihatan terlalu seksi dan tidak sesuai untuk kanak-kanak pada usia sepertinya.

Garar-gara pemakaian anaknya berusia 8 tahun itu, Che Ta sekali lagi menerima kecaman daripada warganet yang mendakwa pelakon tersebut tidak tahu mendidik anak.

Malah, menerusi ruangan komen rata-ratanya memberikan komen negatif dan pandangan masing-masing terhadap cara pemakaian Aaisyah itu.

Jaga pakaian anak elok-elok, dia tu perempuan.”

image is not availableimage is not availableimage is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved