
Bila sebut sahaja lokasi percutian luar negara mesra bajet, Thailand sentiasa menjadi pilihan. Antara salah satu daerah yang sering menjadi tumpuan para pelancong adalah Hatyai. Daerah ini terletak berdekatan dengan sempadan Thailand-Malaysia dan terkenal dengan lokasi percutian yang indah dan makanan yang lazat.
Sejak pembukaan semula sempadan Thailand-Malaysia, rakyat Malaysia nampaknya tidak melepaskan peluang untuk bercuti ke Hatyai, yang pernah viral dan dianggap sebagai bandar ‘mati’ sewaktu pandemik lalu kerana terlampau sunyi tanpa kehadiran pelancong. Tapi sekarang semua dah berubah, Hatyai dah kembali MERIAH!
Haa, korang yang merancang nak ke sana tu dah ada wishlist tempat menarik untuk dilawati?
Jom Ohmedia kongsikan 4 lokasi mesti kunjung apabila melancong ke Hat Yai, Thailand.
Khlong Hae Floating Market

Seringkali disebut oleh para pelancong sebagai syurga makanan, Hatyai mempunyai lokasi tumpuan bagi pencinta makanan iaitu, Khlong Hae Floating Market. Pasar terapung ini menjadi tumpuan para pelancong bagi mendapatkan pelbagai jenis makanan dan minuman dengan harga yang cukup murah.
Cakap sahaja apa makanan yang anda teringin, pasti korang akan jumpa. Selain daripada kepelbagaian jualan makanan, pasar terapung ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai tempat bergambar.
Por. Prateep Ayutthaya Boat Noodle @Hat Yai

Bila dah sampai ke negeri asalnya sendiri, mestilah kena cuba makanan berkuah Thai atau lebih mudah dipanggil mee celup Thai. Di sini, terdapat pelbagai hidangan menarik yang menjadi pilihan pelancong termasuk aneka celup, somtam, kerabu kaki ayam, ayam pandan, khanom tuay (manisan Thailand) dan macam-macam lagi. Harganya juga amat berpatutan.
Hatyai Cable Car

Kalau di Malaysia, ada Genting Skyway. Tapi di Hatyai pun ada! Cable Car Hatyai City memberi peluang kepada para pelancong untuk menikmati pemandangan yang memukau di sekitar bandar Hatyai selama 10-15 minit.
Tiket untuk menaiki kereta kabel ini hanya sekitar 200Baht (RM 25). Lebih menarik, ketika kereta kabel ini berhenti di atas bukit, korang boleh mengambil gambar dengan berlatarbelakangkan bandar Hatyai. Memang menarik!
Chang Puak Camp

Buat korang yang tak tahu, Thailand terkenal dengan negara Gajah Putih. Di sini, gajah juga menjadi satu aktiviti tarikan para pelancong yang sering mendapat perhatian di seluruh negara. Di Chang Puak Camp, korang akan merasai pengalaman menaiki gajah dan bersiar-siar melihat keindahan alam. Rare ni!

Selain itu, aktiviti lain juga turut tersedia seperti ATV, memanah, menyaksikan pertunjukan buaya dan banyak lagi. Untuk mereka yang berminat,boleh terus ke sini untuk melihat lebih banyak info tentang aktiviti menarik.
Nak Ke Thailand? Pastikan Korang Ada SIM AIS Thailand Tourist!

Chup..chup, korang dah tahu ke kad SIM mana yang nak digunakan nanti? Nak talian Internet yang kuat untuk berhubung dengan keluarga, laman sosial, penunjuk arah dan check pertukaran mata wang?
Takkan nak roaming mobile data pula? Koyak poket nak bayar!
Tapi takpe sebab min agak berpengalaman bercuti di Thailand, min nak kongsikan tentang satu kad SIM yang korang wajib beli/guna sejurus sampai di negara gajah putih ini.
Memperkenalkan SIM AIS Thailand Tourist! Jenama ini merupakan anak syarikat daripada telco terbesar di Thailand yang mempunyai liputan hampir ke 144 buah negara. Jenama ini juga telah bekerjasama dengan banyak nama-nama besar antaranya Lisa.
Selalunya pelancong akan memilih SIM AIS Thailand Tourist ni kerana pakej yang ditawarkan sangat menjimatkan dan merupakan pilihan terbaik untuk mereka yang suka membuat short trip. Pakej yang ditawarkan bermula dari 7 hai sehingga 15 hari.
Lebih menarik, kad SIM AIS Thailand Tourist ini memberikan Internet Tanpa Had pada kelajuan 15Mbps dengan harga hanya dari 99 Baht (RM12.51). Bagi pakej 8 hari dan ke atas, korang j boleh menikmati kredit panggilan sebanyak 100 Baht. Lagi satu, kad sim AIS ini boleh digunakan semula setiap kali korang bercuti ke Thailand. Best tu!
Kalau korang nak tahu, pakej Internet Tanpa Had ini juga turut ditawarkan untuk penggunaan aplikasi sosial media seperti Facebook, LINE, Instagram,Whatsapp, Wechat, TikTok dan Twitter. Kalau korang pergi bercuti secara berkumpulan, lagi jimat sebab korang akan menikmati panggilan tanpa had percuma bagi sesama nombor AIS ketika berada di Thailand. Bestnya!
AIS Siap Sedia Insurans Perjalanan & Diskaun Menarik

Korang juga tak perlu risau, SIM AIS Thailand Tourist ini juga menawarkan insurans perjalanan sepanjang 30 hari penggunaa. Insurans in bertujuan untuk melindungi para penggunanya bagi kes seperti kemalangan, kehilangan barang, penangguhan perjalanan pesawat dan pembatalan perjalanan pesawat. Mana lagi nak dapatkan kad SIM yang berbaloi macam ni?
Kad SIM AIS Thailand Tourist ini memberikan insurans perjalanan selama 8 hari yang boleh korang claim jika berlaku kemalangan sehingga 50,000 Baht. Tak lupa juga, terdapat diskaun menarik yang boleh korang dapatkan di lokasi terpilih seperti Central Festival, Iconsiam, Beauty Buffet dan tidak ketinggalan perkhidmatan Grab.
Kad SIM2Fly Beri Penjimatan Khusus Buat Para Pengguna Global

Bukan hanya kad SIM AIS Thailand Tourist sahaja, Jenama AIS juga mempunyai kad SIM2FLY yang boleh digunakan sehingga ke 120 buah negara. Buat pelancong yang ke Thailand, kad SIM ini menawarkan Internet Tanpa Had sebanyak 6GB dengan kelajuan sehingga 128 Kbps selama 10 hari dengan tambahan internet sebanyak 500MB.
Selain itu, jenama telco AIS juga merupakan salah satu telco rasmi yang mempunyai liputan rangkaian 5G paling stabil di Thailand yang menyokong hampir ke 60 buah negara. Jadi, tiada masalah untuk korang berhubung, menggunakan akaun sosial media ketika berada di luar bandar,dalam pusat beli belah ataupun semasa kecemasan.
Dapatkan kad SIM AIS Thailand Tourist & SIM2Fly Di Shopee Malaysia Sekarang!
Ohmedia nak share berita baik dekat korang! Sekarang, korang boleh dapatkan SIM AIS di akaun Shopee AIS atau di mana-mana kedai telefon sebaik sahaja tiba di sempadan Sadao, Thailand atau sekitar bandar Hatyai. Lebih mudah, korang klik DI SINI. Dapatkan info lanjut mengenai kad SIM AIS dengan melayari laman web rasmi mereka.
The post Check Wishlist Sebelum Ke Thailand. Pastikan Ada Kad SIM INI, Barulah Rasa Lengkap Nak Bercuti! appeared first on Oh! Media.

