Chef Sid Perkenal Produk Coklat Guna Koko Tempatan, Ramai Teruja & Tak Sabar Nak Cuba [Video]

LocalFood
11 Jun 2026 • 10:34 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Chef Sid Perkenal Produk Coklat Guna Koko Tempatan, Ramai Teruja & Tak Sabar Nak Cuba [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Ramai pasti tahu coklat terkenal kebiasaannya berasal daripada negara luar atau Eropah. Meskipun harganya mahal namun ramai yang sanggup membeli untuk mencubanya.

Pun begitu mungkin ada yang tidak tahu Malaysia juga mempunyai hasil koko yang tersendiri dan kualitinya juga pastinya baik. Akan tetapi ia kurang dikenali atau dikomersialkan dalam pasaran.

Cef Sid perkenal produk coklat keluaran sendiri guna koko tempatan

Terbaharu Cef Sid Murshid telah menarik perhatian ramai apabila memperkenalkan produk terbaharunya, Sid’s Chocolates yang tampil dengan dua versi iaitu coklat gelap dan juga coklat susu buatannya sendiri.

Apa yang lebih menarik, Chef Sid turut menggunakan 100% koko tempatan yang berasal daripada Selangor dan juga Johor!

Yelah, siapa lagi yang nak mengetengahkan kualiti koko tempatan ini jika bukan rakyat Malaysia sendiri bukan?

Ambil masa 10 bulan belajar buat coklat

Menurut Chef Sid, dia mengambil masa selama 10 bulan untuk mempelajari proses membuat coklat.

“Dari awal belajar saya perasan, buat coklat ini bukan macam masak-masak biasa. Di sebalik rasa coklat yang disukai orang ramai, ada banyak elemen sains yang mainkan peranan untuk ubah biji koko ke makanan yang istimewa ini.

“Dari suhu, saiz partikal koko, kelembapan udara, komposisi kimia koko, semua itu perlu (diambil kira) bila buat coklat. Tapi bagi saya, apa yang buat coklat lagi istimewa adalah dari mana biji-biji koko ini berasal.

“Dengan itu saya perkenalkan produl Sid’s pertama iaitu Sid’s Dark Chocolate. Coklat ini berasal dari Sekinchan, Selangor. Biji koko dari sini sangatlah unik macam kelapangan dan ketenangan sawah padi,” katanya.

Sifatkan rasa koko dari Sekinchan lembut dan santai

Malah Chef Sid turut menyifatkan rasa koko daripada Sekinchan itu agak lembut serta santai. Mereka yang mencuba coklat gelap dari Sid’s ini dapat rasa tangerine (masam), bunga dan anggur.

Namun jika diamati dengan betul, mereka juga boleh rasa kehalusan tekstur beras yang disaluti coklat tersebut.

Sid turut perkenal coklat susu yang sering jadi kesukaan ramai guna koko dari Muar

Tidak hanya mengeluarkan coklat gelap, tetapi Chef Sid juga turut perkenalkan produk keduanya iaitu coklat susu atau Sid’s Milk Chocolate yang menggunakan koko dari kampung halamannya iaitu Muar, Johor.

Katanya coklat Johor pula mempunyai note kismis, ceri dan juga susu di mana ia memberikan rasa yang lebih meriah selain tidak pahit seperti coklat gelap.

Menurutnya Sid’s Milk Chocolate ini lebih sesuai untuk kanak-kanak menikmatinya.

“Sejak saya pertama kali belajar buat coklat walaupun susah nak buat, saya keliru kenapa saya masih teruskan. Lepas tu saya perasan, orang rasa bangga dan gembira bila makan coklat buatan Malaysia ni dan bagi saya itulah apa yang buat coklat istimewa.

“Saya harap dapat kongsi perasaan ini dengan anda semua dengan Sid’s Chocolates.”

Sid’s Chocolates mula dijual 13 Jun

Dalam video tersebut, Chef Sif turut mengumumkan produk coklat berkenaan akan mula berada dipasaran pada Sabtu, 13 Jun.

View on Threads

Ramai yang tak sabar nak cuba dan bangga dengan usaha Chef Sid martabatkan hasil pertanian tempatan

Perkongsian Chef Sid itu turut membuatkan orang ramai tidak sabar untuk mencuba produk coklat keluarannya.

Malah ramai yang bangga dan teruja kerana influencer masakan itu menggunakan hasil pertanian tempatan serta memproses biji koko tersebut dengan sendiri.

Sebelum ini Chef Sid juga pernah berkongsi proses untuk menghasilkan koko tersebut dengan menggunakan mesin yang dibeli dan ada yang diubah suai mengikut kesesuaian produk yang ingin dihasilkan.

Bukan itu sahaja, Chef Sid turut menghadiri kelas bagi mempelajari lebih lagi mengenai coklat.

View this post on Instagram

A post shared by Sid Murshid (@sid_murshid)

View this post on Instagram

A post shared by Sid Murshid (@sid_murshid)

View this post on Instagram

A post shared by Sid Murshid (@sid_murshid)

View on Threads
View on Threads

Berikut adalah komen Netizen:

“Orang lain bukan main claim chocolate luar negara, Sid rileks je coklat berasal dari Sekinchan dari Muar, Johor. Semoga produk Sid terus laku di pasaran, hidup lokal!”

Image from: Chef Sid Perkenal Produk Coklat Guna Koko Tempatan, Ramai Teruja & Tak Sabar Nak Cuba [Video]

“Tahniah Sid. Kita perlukan lebih ramai orang dengan mentaliti macam ni”

Image from: Chef Sid Perkenal Produk Coklat Guna Koko Tempatan, Ramai Teruja & Tak Sabar Nak Cuba [Video]

“Tak sabarnya”

Image from: Chef Sid Perkenal Produk Coklat Guna Koko Tempatan, Ramai Teruja & Tak Sabar Nak Cuba [Video]

“Ini baru betul coklat homemade. Dibuat dari ‘scratch’.”

Image from: Chef Sid Perkenal Produk Coklat Guna Koko Tempatan, Ramai Teruja & Tak Sabar Nak Cuba [Video]
View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved