Chef Wan Komen Masakan Di Tawau ‘Sepesen’, Gula Dan MSG Berlebihan Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

3 Jun 2023 • 11:44 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Chef Wan kongsi pengalaman ketika di Tawau

Chef Wan Komen Masakan Di Tawau ‘Sepesen’, Gula Dan MSG Berlebihan Cetus Pelbagai Reaksi Netizen. Semalam media sosial dihebohkan dengan satu perkongsian daripada chef selebriti ternama, Chef Wan berkenaan pengalamannya menikmati hidangan ketika berada di Tawau Sabah.

Menurutnya rata-rata masakan restoran di Tawau dikatakan 90% ‘sepesen’ atau sama sahaja cara masakannya berdasarkan pandangannya.

image is not available
Chef Wan Komen Masakan Di Tawau ‘Sepesen’, Gula Dan MSG Berlebihan Cetus Pelbagai Reaksi Netizen. Kredit: Instagram

Bahkan, makanan di hotel penginapannya juga menghidangkan sajian yang hampir sama di restoran-restoran luar.

Menerusi perkongsian beliau di Instagram, beliau menegaskan bahawa tukang masak tempatan di Sabah, khususnya di Tawau untuk rajin meneroka dan mempamerkan kepelbagaian masakan Malaysia melangkaui “hidangan Cina Sabahan” yang lazim dihidangkan.

Bukan itu sahaja, beliau turut menegur kebanyakan makanan yang dihidangkan juga menggunakan gula dan MSG yang berlebihan.

image is not available

Kebanyakan makanan laut juga diolah serupa iaitu dimasak dengan cara ‘sweet and sour’ dan ‘butter milk’ termasuk lobster sehingga menghilangkan rasa manis dan segar seafood tersebut.

Walaupun begitu, beliau tetap memuji masakan di Tawau sedap dan enak tetapi cara masakannya terlalu common dan serupa.

image is not available

Oleh itu, beliau berharap tukang masak di daerah tersebut untuk mencuba sesuatu yang lebih baru dari segi teknik masakan, cara masakan dan bahan-bahan yang lebih rare untuk menambahkan lagi kepelbagaian sajian di Tawau.

Ini antara reaksi netizen

Setelah menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon positif mengenai pandangan Chef Wan.

Menurut netizen, mereka menyambut baik komen tersebut dan menganggap pandangan daripada Chef Wan merupakan komen yang membina dan tidak menjatuhkan mana-mana pihak.

image is not available

Tambah netizen, beliau turut memberi pandangan di mana makanan di sekitar Tawau kebanyakkannya terlebih gula dan MSG.

Disebalik komen tersebut sebenarnya Chef Wan ingin menasihati tukang masak supaya mengurangkan kedua-dua bahan tersebut untuk tujuan kesihatan.

image is not available

Baca lagi artikel menarik: