Chefway Cafe Sibu Hidang Menu Istimewa Pizza Dan Pasta Dabai Buat Pencinta Sajian Autentik Sarawak

1 Jun 2023 • 8:11 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pencinta makanan autentik Sarawak wajib cuba menu-menu menarik di sini

Chefway Cafe Sibu Hidang Menu Istimewa Pizza Dan Pasta Dabai Buat Pencinta Sajian Autentik Sarawak. Bagi para pencinta makanan autentik Sarawak, ada berita gembira untuk anda! Chefway Cafe Sibu ada melancarkan menu istimewa pizza dan pasta dabai di dalam menu mereka.

Terletak di pusat bandar Sibu, Chefway menawarkan pelbagai hidangan kreatif dengan gabungan bahan-bahan tempatan yang memberikan rasa yang unik dan memuaskan.

image is not available
Chefway Cafe Sibu Hidang Menu Istimewa Pizza Dan Pasta Dabai Buat Pencinta Sajian Autentik Sarawak. Kredit: Wong Tong Wei

Menu istimewa terbaru ini merupakan gabungan hidangan pasta dan pizza dengan menggunakan buah dabai , iaitu sejenis buah yang boleh didapati di Sarawak.

Pizza Dabai merupakan salah satu hidangan istimewa yang disediakan.

Hidangan ini menggunakan dabai yang ditabur diatas pizza seakan-akan taburan olive menjadikan pizza ini unik serta istimewa.

Tidak ketinggalan, topping pizza turut mengandungi bahan-bahan seperti daging ayam, cendawan, keju dan sayuran untuk mencapai cita rasa yang sempurna.

image is not available

Pasta Dabai pula merupakan hidangan yang menjadi kegemaran ramai. Hidangan ini menggunakan spageti dengan campuran sos dabai dan disertakan dengan krim kental yang memberi rasa yang berlemak.

image is not available

Menu istimewa ini pasti akan memuaskan selera pencinta makanan Sarawak dan pengemar inovasi makanan yang baru. Nikmati hidangan istimewa pasta dan pizza dabai ini yang pasti akan memikat selera anda.

Waktu Operasi: 11 pagi hingga 11:30 malam

Lokasi: Lorong Dr. Wong Soon Kai, 9600 Sibu

Lagi tempat makan menarik: