Chegu Bard ditahan polis?

LocalPolitics
14 Sep 2023 • 9:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sekretariat Himpunan Selamatkan Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard ditahan polis pada Khamis. - Foto Ketua Penerangan Pas

KUALA LUMPUR - Sekretariat Himpunan Selamatkan Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard ditahan polis pada Khamis.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Malaysia, Nadzir Helmi secara ringkas melalui pesanan WhatsApp sebentar tadi.

"Chegu Bard ditahan di hadapan Pejabat Agung Pas ketika beliau hendak hadir ke mesyuarat Himpunan Selamatkan Malaysia," jelasnya.

Sebelum ini, Chegu Bard memaklumkan, himpunan berkenaan yang akan diadakan pada 16 September depan akan diteruskan meskipun mendapat reaksi pelbagai pihak.

Terbaharu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan penganjur himpunan tersebut sebagai tidak menghormati Hari Malaysia pada 16 September ini. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved