Chegubard didakwa keluarkan penerbitan menghasut berkaitan projek kasino di Forest City

30 Apr 2024 • 12:34 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan mengeluarkan penerbitan menghasut berkaitan projek kasino di Forest City menerusi media sosial, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Badrul Hisham, 45, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim Rasidah Roslee.

Mengikut pertuduhan, ahli politik itu didakwa membuat penerbitan menghasut menerusi akaun Facebook atas nama Che GuBard di Mutiara Villa, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, jam 6.30 petang, 26 April lalu.

Pendakwaan mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, beliau tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru kira-kira jam 8.50 pagi tadi.

Beliau yang memakai kemeja putih dan berseluar hitam hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali.

Semalam, Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan memfitnah dan menghasut untuk merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Beliau mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan memfitnah dan menghasut dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali. – 30 April, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved