Chelsea belanja RM228 juta sambar Garnacho

Football
31 Aug 2025 • 10:47 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Garnacho

CHELSEA mengesahkan perpindahan pemain sayap Argentina, Alejandro Garnacho dari Manchester United dengan yuran perpindahan dilaporkan sekitar £40 juta (RM228 juta).

Pemain berusia 21 tahun itu menandatangani kontrak selama tujuh tahun bersama kelab tersebut dan dilihat hadir menyaksikan kemenangan 2-0 Chelsea ke atas Fulham di Stamford Bridge, yang membawa The Blues ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.

“Ia detik yang cukup istimewa buat saya dan keluarga untuk sertai kelab hebat ini. Saya tak sabar untuk memulakan cabaran baharu.

“Saya menonton Piala Dunia Kelab dan kini dapat bersama juara dunia, ia sesuatu yang luar biasa. Kami pasukan terbaik di dunia! Saya gembira berada di sini,” katanya.

Sepanjang bersama United, Garnacho menjaringkan 26 gol dalam 144 penampilan, termasuk ketika membantu The Red Devils menewaskan Manchester City 2-1 di final Piala FA 2024.

Namun, beliau tersisih daripada perancangan Ruben Amorim musim ini selepas dikeluarkan daripada latihan skuad utama bersama Antony dan Jadon Sancho.

Kedatangan Garnacho melonjakkan perbelanjaan Chelsea dalam jendela perpindahan kali ini, selepas turut membawa masuk Joao Pedro, Liam Delap, Estevão dan Jamie Gittens bagi memperkukuh jentera serangan Enzo Maresca.

Bagaimanapun, kecederaan hamstring yang menimpa Delap ketika menentang Fulham dijangka menggagalkan hasrat Nicolas Jackson untuk berpindah ke Bayern Munich secara pinjaman.

Jackson dilaporkan telah diarahkan pulang ke London kerana Chelsea kini hanya memiliki Pedro sebagai penyerang tengah yang cergas.

“Kalau ada dua penyerang, ia sudah memadai. Tetapi bila seorang cedera beberapa minggu, itu bukan situasi ideal,” kata Maresca sambil mengesahkan Delap dijangka berehat antara enam hingga lapan minggu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved