Chelsea berminat sambar Garnacho

Football
24 Jun 2025 • 10:41 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Garnacho

CHELSEA dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan pemain sayap muda Manchester United, Alejandro Garnacho pada jendela perpindahan musim panas ini ketika United pula dilapor memantau situasi Christopher Nkunku sebagai pilihan tambahan dalam skuad mereka.

Nama Garnacho telah berada dalam senarai sasaran Chelsea sejak Januari lalu apabila kelab itu hampir cuba untuk mendapatkan khidmat pemain Argentina berusia 20 tahun itu.

Difahamkan ketika itu, Chelsea berpotensi memiliki kelebihan berbanding kelab-kelab lain sekiranya mereka kembali membuat tawaran pada musim panas ini.

Namun, terdapat kebimbangan mengenai sikap pemain muda itu terutama selepas beberapa insiden yang menimbulkan kontroversi bersama United.

Antaranya termasuk insiden minggu ini apabila Garnacho mencetuskan perhatian dengan memuat naik gambar dirinya mengenakan jersi Aston Villa dengan nama Marcus Rashford di belakang ketika sedang bercuti.

Dalam masa sama, Chelsea turut mengekalkan minat yang tinggi terhadap pemain Borussia Dortmund, Jamie Gittens namun masih belum menemui jalan penyelesaian untuk memuktamadkan perpindahan.

Chelsea sebelum ini dilapor mengemukakan bidaan bernilai £42 juta (RM241 juta) terhadap Gittens dalam jendela perpindahan FIFA yang dibuka sebelum Piala Dunia Kelab, namun ditolak Dortmund yang menetapkan harga £50 juta (RM288 juta).

Difahamkan, Bayern Munich kini turut memasuki persaingan mendapatkan pemain muda England berusia 20 tahun itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved