Chelsea, Fulham, Boro mara separuh akhir Piala Liga

Football
20 Dec 2023 • 8:44 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mudryk (kiri).

CHELSEA dan Fulham mengesahkan slot separuh akhir Piala Liga selepas menewaskan lawan masing-masing menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1.

Chelsea mara selepas menewaskan Newcastle United 4-2 di Stadium Stamford Bridge dengan pemain gantian Mykhailo Mudryk menghidupkan The Blues dengan gol penyamaan pada minit ke-92, membatalkan jaringan Callum Wilson (m-16).

Fulham pula mengatasi Everton 7-6 di Stadium Goodison Park selepas jaringan minit ke-82 Beto membatalkan gol sendiri pasukan pelawat Michael Keane minit ke-41.

Kelab Liga Kejuaraan, Middlesbrough juga mengisi kelompok empat terbaik selepas menewaskan pasukan Liga Satu, Port Vale 3-0 di Stadium Vale Park.

Gol Boro kendalian Michael Carrick dijelmakan Jonny Howson (m-11), Morgan Rogers (m-23) dan Matt Crooks (m-53).

Sementara itu, Liverpool dan West Ham United akan berentap di Stadium Anfield awal pagi ini bagi pemburuan satu lagi slot separuh akhir.